SAYANG KOWG!

Wednesday, 12 March 2014

Trailer Filem Bravo 5 (Unofficial)


Tahun 2014 kita akan disajikan dengan satu filem patriotik yang dinanti-nantikan, Bravo 5. Filem arahan Yeop Hitler Azmi yang menelan belanja RM4.5 juta ini dikatakan mampu menarik perhatian penonton kerana menampilkan hero sensasi, Beto Kusyairi.

Dah lama rasanya kita tak tengok filem perang patriotik macam ni. Kisah berkenaan dengan komando yang menentang kemaraan gerila komunis dalam Semenanjung Malaysia ini diharapkan mampu untuk mengembalikan kualiti perfileman Malaysia.

Aku rasa sangat teruja untuk tengok cerita ini berdasarkan trailer dan preview filem yang boleh kita tonton kat Youtube.


)


Amacam? Menarik, bukan? Jom sama-sama sokong perfileman Malaysia terutamanya cerita bergenre patriotik dan perang macam ni. 



Polis Bertudung Pertama Di St Paul, Amerika Syarikat


Sebelum ini, kita tengok Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang anti Islam. Tapi, yang bagusnya, seorang wanita Islam dari Somalia, Kadra Mohamed telah diterima untuk berkhidmat sebagai anggota polis di St Paul. Minnesota. (Rujukan). 



Menariknya lagi, Kadra Mohamed ialah wanita Islam bertudung pertama yang diterima bekerja dia sana. Setakat ini, belum ada mana-mana jabatan di Minnesota yang menerima wanita Somalia untuk bekerja. St Paul juga dilaporkan hanya satu-satunya bandar raya di negara tersebut yang membenarkan pemakaian tudung di tempat kerja. 

Sebelum ini, seorang lagi wanita bertudung dari Maryland, Noor Tagouri telah berkhidmat sebagai pembaca berita di stesen Tv ABC News di Amerika Syarikat sekaligus menjadi pembaca berita bertudung pertama di sana.. (Rujukan). 



Harap lepas ni, Amerika Syarikat tidak lagi mendiskriminasi wanita Islam bertudung untuk terus berkhidmat di negara mereka. 


Friday, 10 January 2014

Diploma Pasca Siswazah Pentadbiran Awam (Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik)



Lama dah tak update blog. Mood Tak sampai nak update. Ada je masa.. cuma malas. Alhamdulilah, aku dah habis Diploma Pentadbiran Awam untuk Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Maknanya, dah enam bulan aku kat Intan Bukit Kiara ni. 

Enam bulan ni lah banyak benda baru yang aku belajar. Daripada Modul-modul yang disediakan oleh Intan Bukit Kiara sendiri, hinggalah modul luar macam Bomba, Polis, Tentera, Outward Bound School, dan Strategic Engagement Program. Ada yang sangat best, ada juga yang sangat mencabar.

Sekarang, kami baru bermula dengan Diploma Pasca Siswazah Pentadbiran Awam. Maknanya, ada lagi enam bulan kami kat sini. Untuk permulaan, kelas dalam Intan Bukit Kiara sahaja. Minggu depan, kami dah kena pergi Universiti Malaya pula. Doakan aku dapat perform tok diploma siswazah ni.

Tu je lah yang aku nak update. Kalau ada mood lagi, aku taip n share lagi ok.