SAYANG KOWG!

Friday, 11 January 2013

Hari Ketujuh Cirit-Birit



Ok. Entry ini kotor sedikit. Tapi ada gua kesah? Haha. Aku nak juga umumkan kat seluruh dunia yang aku sedang mengalami cirit-birit yang terlalu amat sangat menyeksakan. Paling best, ini adalah hari ketujuh. Mampu?


Mesti korang tak mampu kan? Alami sakit perut dan cirit birit selama tujuh hari. Teruk wwwooo wa cakap sama lu. Sakitnya Tuhan sahaja tahu. Masuk keluar tandas setiap masa. Memulas-mulas perut aku. Waa.. Sakit.




Semua benda dah cuba. Pil ceketeon (tak reti nak eja, malas nak google), minum air teh kelat. Tapi masih tak jadi-jadi lagi. Aku rasa nak gigit-gigit je sapa yang cakap minum air teh kelat dapat hilangkan cirit-birit. Tak jadi lah! Dah tiga kali aku cuba. 


Esok, kalau masih jadi lagi, memang aku bertekad nak jumpa doktor. Bukan nak jimat duit, company aku bayar kot Medical Expenses, tapi aku tahu, pergi jumpa doktor, dia just bagi ubat sahaja. Bukan cek aku betul-betul pun. Tension betul.


Ok tu je nak update. Doakan perut kau ok cepat. Tak sabar mahu makan benda-benda pedas lagi. Haha.


Thursday, 10 January 2013

Shorty Awards 2013, Datuk Siti Nurhaliza dan Hari Lahir



Shorty Awards? Baru-baru ini je aku pernah dengar pasal Shorty Awards, sedangkan tahun ini, kali ke 5 Shorty Awards berlansung. Shorty Awards sebenarnya dibuat untuk memberi penghargaan kepada orang dan juga organisasi melalui sosial media. Nak tahu lebih lanjut? KLIK SINI.




Sesiapa yang mempunyai Twitter boleh mengundi sesiapa atau organisasi yang digemari. Sebagai contoh, kalau korang minat Dato Siti Nurhaliza, korang boleh undi Dato Siti Nurhaliza. Untuk pengetahuan korang, banyak kategori yang ada, antaranya Celebrity, Instagram, Music, Singer, Actor, Fashion dan sebagainya.


Kalu aku sah-sah la undi Dato Siti Nurhaliza. Untuk pengetahuan korang, sesiapa yang mempunyai Twitter hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap kategori. Untuk sesiapa yang nak mengundi Dato Siti Nurhaliza, boleh KLIK SINI. 




Setakat ini, Dato Siti Nurhaliza dapat 68 undian untuk Music, 45 undian untuk Singer, 32 untuk Small Business, 25 undian untuk Realitystar dan ada lagi beberapa kategori. Selain Dato Siti Nurhaliza, aku ada nampak juga Shila Amzah, dan Agnes Monica. Lagi satu, undian dibuka seluruh dunia ok!


Lupakan sekejap pasal Shorty Awards 2013, Esok 11 Januari 2013. Birthday Dato Siti Nurhaliza. Aku tak pernah lupa untuk wish Dato Siti Nurhaliza Happy Birthday setiap kali birthday dia, walaupun hanya dalam hati. Haha. 


Aku minat Dato Siti sejak aku darjah 2 kot. Selain Dato Siti tak ada dah aku minat penyanyi perempuan lain. Kalau pelakon adalah. Kalau Siti jadi pelakon pun, aku hanya minat Siti je kot. Haha. Lantak lah orang nak cakap apa pasal dia. Janji aku happy, Dato Siti happy. Haha!


Sekali lagi, Selamat Ulang Tahun Dato Siti Nurhaliza!


Wednesday, 9 January 2013

Cara Aku Menyelamatkan Bumi Kita



Aku sayangkan bumi kita. Aku memang tak boleh bila tengok bukit-bukit kena gondol. Habis kena tarah sebab nak amik pokok. Nampak gondol, dah tak hijau. Paling geram, gondol-gondol bukit buat rumah kat lereng bukit.. Tanah runtuh, rumah ranap, padan muka! 


Kat office pun sama. Aku cukup pantang kalau orang print colour kalau benda tu tak penting. Setiap helai nak print colour. Setiap helai nak print. Kalau tak penting, jangan gedik nak print-print. Kalau benda tu tak berapa nak penting, print guna recycle paper. Tak payah nak gedik pakai paper baru. 


Aku bukan nak jimat. Tak hingin aku jimat duit company. Tapi aku sayangkan bumi kita. Cuba bayang berapa banyak pokok yang kena tebang, bukit yang kena gondol dengan paper yang kita guna hari-hari. Biar pun usaha aku kecil, tapi aku dapat jimatkan sebatang pokok dari ditebang. Itu lebih baik dari tak ada lansung.


Ini satu lagi usaha aku kat office ini. Kami ada satu kertas yang kami akan gunakan untuk tulis bila ada orang telefon dan orang yang hendak dihubungi tak ada kat office, busy atau tengah meeting. Kertas di bawah yang aku maksudkan.




Bila aku fikir, kalaulah kita asyik guna paper ini, paper ini akan habis. Nanti kita nak kena beli lagi. Kalau duk beli je, habis la lagi banyak pokok kena tebang. Timbul idea aku untuk elak lagi banyak pokok kena tebang.


Actually kat office aku berlambak kertas yang dah guna dan nak dibuang. Selalunya makcik cleaner aku akan letak kat luar bangunan, dan akan ada orang kutip. Dari aku bagi makcik cleaner tu letak kat luar, baik aku guna.


Aku amik empat keping kertas kat atas tu, then aku tampal atas satu kertas. Kemudian, aku photostat banyak-banyak guna kertas recycle yang menimbun kat office ini.




Lepas dah photostat banyak-banyak aku ambil paper cutter, then kerat jadi bentuk asal kertas "When You Were Out."







Tadaa! Jadilah macam ini kertasnya. Abaikan yang koyak-koyak sikit dan tak cantik. Haha. Biasalah kerja jantan keparat, kan? Tak sekemas wanita buat kerja. Haha.







Dah siap! So, kalau kertas yang asli yang beli kat kedai dah habis, boleh guna kertas yang aku buat ini. Hanya gunakan kertas recycle.  Jimat duit company, jimat juga kertas. Dapat selamatkan alam kita. Ingat, walaupun kecil usaha anda, tapi paling-paling kurang, anda dah berjaya selamatkan sebatang pokok dari ditebang!