SAYANG KOWG!

Wednesday, 23 January 2013

Tahniah Beego dan Linda Hashim.





Satu ketika, kecoh satu Malaysia pasal cerita perkahwinan dan perceraian Beego. Kalau korang tak ingat, Beego ni popular dalam sitkom Puteri. Lagi satu, Beego juga merupakan ahli kumpulan Phyne Ballerz. Dulu kan dia kahwin dengan Intan Shahira kemudian bercerai turun naik mahkamah.


Tapi bukan cerita dia naik turun mahkamah yang aku nak bagitahu, tapi pasal cerita pertunangan Beego dan Linda Hashim. Linda Hashim korang kenal tak? Dia tak ada lah popular sangat, tapi aku suka lakonan dia yan memeng best!


Sebenarnya, Beego dan Linda Hashimm dah bertunang Oktober lalu. Yang bestnya, mula-mula dikatakan hanya nak buat merisik, tapi dah gembira sangat, terus bertunang pada masa yang sama. Kira dua dalam satu teruslah.


Berita lagi best, mereka akan berkahwin pada 8 Jun 2013 ini. Harap-harap perkahwinan buat kali kedua untuk Beego ini akan kekal lama. Tahniah untuk mereka berdua.



Tuesday, 15 January 2013

Jalan - Jalan Cari Dessert : Cup-Bon dan Waffle



Pernah dengan pasal Cup-Bon? Siyesly aku tak pernah dengar pasal Cup-Bon. Semalam baru first time aku dengar, dan first time aku makan dan minum kat Cup-Bon. Jangan buat muka aneh sangatlah. Cup-Bon ini bukan nama binatang. Ini nama stall yang jual air bubble tea. Lebih kurang macam Cool Blog, Chatime dan Each A Cup.




Semalam aku pergi kat Jusco One Utama. Macam biasa, nak makan egg tart Jusco yang sedap lagi murah. Lepas beli aku terus melantak kat food court tepi Cup-Bon. Tiba-tiba terpandanglah kedai Cup-Bon ni. Nampak waffle. Teringin pulak makan waffle.


Lepas je aku order, aku terpandang satu promotion yang dibuat oleh Cup-Bon ini. Beli satu waffle dan juga air Bubble Tea perisa asli dengan harga murah berbanding harga asal. 




Harga sebenar Earl Milk Tea with Pearl ialah RM 5.00. Tapi kalau tanpa pearl harganya RM 4.00. Harga Crispy Waffer pula ialah RM 3.00. Jadi, keseluruhannya RM 8.00. Tapi kalau kita beli kedua-duanya sekaligus, kita akan dapat dengan harga promosi iaitu RM 6.90.




Dah siap beli. Time untuk makan. Bagi aku rasa Crispy Waffernya agak sedap. Aku order perisa Chocolate. Apa yang bestnya, coklat disapu pada kedua-dua bahagian Waffle. Selalunya orang akan bubuh kat satu side aja. Rasanya pun rangup. Cuma, penyediaanya tak cantik. Sebab ada part yang tak kena tepung. Nampak macam rongak sikit.




Earl Milk Teanya pula rasanya biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab perisa original so tak berapa berkenan sangatlah. Mungkin lagi best kalau korang order air yang berperisa. Rasanya sebiji macam Ocha Cold kalau korang makan kat Sushi King. Mungkin berbeza sedikit sebab ada pearl. Tapi jangan risau, kalau korang tak mau perisa original, orderlah perisa lain. Tapi tak masuk dalam harga promosilah.


Mungkin korang dah muak makan Waffle kat Daily Fresh, atau dah bosan mimun air Bubble Tea kat Chatime, korang boleh rasa pula Cup-Bon ini. Selamat mencuba.




Monday, 14 January 2013

Ulasan DVD : Silenced (Korean Movie)



Semalaman aku habiskan masa tengok DVD. Empat keping DVD aku sewa dekat Speedy Taman Tun Dr. Ismail. Antara cerita yang aku sewa, Grown Up, Step Up Revolution. Tai Chi Hero dan Silenced. Tapi 3 keping DVD je sempat tengok, Tai Chi Hero tak sempat.


Aku tak mau ulas pasal cerita Grown Up dan Step Up Revolution sebab korang semua mesti dah tengok, kan? Tapi aku nak ulas cerita Silenced, sebuah filem Korea yang dikeluarkan dalam hujung tahun 2011.




Cerita ini mengisahkan tentang seorang cikgu Art, Kang In-Ho (Gong Yoo) yang ditempatkan di sebuah sekolah kanak-kanak khas di Mujin. Di sana, beliau terkejut bila mendapat tahu yang budak-budak di sana selalu didera secara seksual dan fizikal. Pelbagai usaha dilakukan oleh beliau bersama Mujin Human Rights Centre bagi mendapatkan pembelaan kepada kanak-kanak terbabit.


Pesanan pertama, sediakan tisu secukupnya. Cerita ini memang menyentuh perasaan. Tengok cerita jangan tengok kehenseman Gong Yoo, ok! Baru tacing habis. Banyak part yang menyentuh perasaan dalam filem ini terutamanya part bila seorang pelajar lelaki yang merupakan mangsa menangis bila mendapat tahu neneknya mengampunkan si pesalah. Masa tu memang sedih tengok watak pelajar itu.


Lakonan memang superb! Kalau siapa pernah tengok lakonan Gong Yoo sebelum ini mesti suka akan lakonannya kali ini. Memang pandai dia main emosi. Lakonan budak-budak yang jadi mangsa gangguan seksual juga menarik. Kita akan bersimpati dengan mangsa dan menangis dengan mereka.


Part tak best ialah ending. Endingnya ok sahaja, tapi menyebabkan kita akan tertanya-tanya apa yang berlaku terhadap mangsa-mangsa tersebut, dan apakah nasib mereka sekarang sebabnya filem ini diadaptasi dari sebuah novel yang mengambil kisah sebenar yang terjadi. Jadi, mesti kita nak tahu kan apa yang terjadi seterusnya.


Overall, memang terbaik! Rugi kalau tak tengok. Filem ini bukan kisah cinta biasa yang kita tengok dalam drama or filem Korea yang lain, sebaliknya filem ini memang penuh dengan pengajaran. 


4.3 bintang dari lima bintang.