SAYANG KOWG!

Friday, 19 April 2013

Blog Review : Peserta Bloglist Lelaki Ini Bulan April (Siri 1)



Sorry sangat2 sebab lambat aku tunaikan janji yang ini. Bukan apa, lepas kena samun, ting tong sikit kepala. iPad pun dah tak ada nak update blog. Datang office barulah boleh update. Ok, dah! Lupakan kisah sedih. Aku nak review 5 blog terawal yang join Bloglist Lelaki Ini Bulan April.


1) Kesuma Angsana

Wah, thanks2 Kak KA sebab sudi jadi peserta pertama segmen Bloglist Lelaki Ini Bulan April. Bila tengok blog dia, aku rasa macam duk kat blog aku, simple aja. Tak payah nak berat2 dan sakit mata tengok. Paling aku suka, bila dia update pasal anak dia, Adik. Adik sangat2 cute dan pandai! Nak usha blog? KLIK SINI.

(Akak, sorry, saya tak boleh nak amik header akak. Nak print screen plak tak tau guna iMac ni. Sorry kak).


2) Ibu Amirul


Apa yang paling menarik? Header akak awesomelah! Orang lain sibuk duk buat gambar edit, Photoshop apa sume, header akak blogger ini guna gambar kartun zaman 70an aja. Sangat2 berbeza dan lain dari orang lain.




3) Istikharah Cinta

Aku alergik warna kuning. Silau sangatlah dik blog awak. Tapi, lain orang lain citarasa, kan? Oklah, lain dari orang lain. Blogger ini baru umur 19 tahun. Adil blogger kita ini ambil Diploma Pengajian Islam. Bagus2! Moga tamat belajar dengan cemerlang. 




4) Pari-Pari Putih


Eh, sapa dia ni??? Aku tak kenal! Gila kau aku tak kenal dia? Ini mak orang paling hot dalam dunia blog. Tak caya? Usha sendiri blog dia. Paling korang kena tahu, dia ada lagu sendiri. Lagu, lirik dan nyanyi sendiri. Eh, lagi satu, syok sendiri! Gurau kak. Dia paling rapat dengan aku dalam dunia blogging ni. (Sila belanja aku Red Box Karaoke).





5) Celoteh Cik Yaya

Warna ungu. Sesuai dengan kelembutan kat wajah tuan empunya blog. Sweet sangat nampak blog dia. Blogger ini ada karya seni sendiri macam puisi dan cerpen. So, kalau korang ada masa jom baca!




Thursday, 18 April 2013

Pengalaman Disamun Dengan Tiga Lelaki Berparang



Aku pernah hampir diculik masa aku darjah 3. Aku baru balik dari kelas Fardhu Ain, ada seorang pakcik panggil aku untuk masuk dalam van. Tapi aku sempat lari. Takut sangat2 masa tu.


Dah 17 tahun kejadian tu berlaku. Tapi sampai sekarang aku masih ingat lagi kejadian yang berlaku. Tapi umur 24 tahun ini pulak, ada kejadian lain, kali ini lebih mengerikan.


Hujung minggu lepas, aku kena samun dengan tiga orang lelaki. Aku kena samun dekat dengan bangunan Mydin tepi dengan KL Festival City, Setapak. Masa kejadian, aku dengan 3 orang kawan aku nak pergi KL Festival nak beli tiket wayang.


Bila dah kuar kereta, kami bergerak nak pergi ke sana. Tengah jalan, aku baru perasan yang telefon bimbit aku tertinggal dalam kereta. Aku patah balik, pergi kat kereta nak ambil telefon bimbit. Kawan aku yang lagi tiga orang tunggu aku kat kawasan parking motor.


Dah selesai aku ambil telefon bimbit aku, aku berjalanlah nak ke tempat yang kawan2 aku tunggu. Tengah jalan, tiba2 ada dua lelaki naik satu motor EX5 berhenti tepi aku sambil gelak dan turun dari motor. Paling menakutkan, dia dah acu parang sepanjang satu kaki. Pastu kawan diorang naik satu motor lagi datang.




Ayat paling aku ingat sampai sekarang, "Hah, bak sini benda tu!". Masa tu aku tengah masukkan iPad aku dalam beg sandang aku. Penyamun tu minta iPad aku. Aku dengan takutnya, terpaksa serahkan iPad aku kat dia.


Dia bukan setakat nak iPad, kali ini dia minta beg sandang aku pulak. Nak tak nak aku terpaksa bagi. Aku tak fikir apa dah masa tu. Tetiba aku minta dengan penyamun tu, aku nak i.c aku. Dia geram dengan permintaan aku. Then, dia nak rodok perut aku. Tapi, aku sempat mengelak.


Pastu, aku nampak laki yang nak rodok aku lari then naik motor yang kawan dia bawak. Aku masa tu tak mampu nak buat apa, menjerit tak, nak kejar balik pun tak. Aku macam orang bodoh. Panik, trauma, dan takut.


Dalam 10 saat, aku tersedar balik. Aku terus berlari pergi kat tempat kawan2 aku tengah tunggu. Then kami terus ke balai untuk buat laporan.


Alhamdulilah, aku syukur sgt2 sebab aku selamat. Tapi terkilan jugaklah sebab banyak barang kena ambil. iPad, telefon bimbit dua, duit RM 110, wallet, cermin mata, kunci rumah, 4 kad ATM, Kad pengenalan, lesen memandu, dan lain2 kad macam Watsons, Tesco, Popular dan lain2 lagi.


Tak apa lah. Benda2 tu aku boleh cari dan buat bali. Tapi nyawa? Kalau aku kena rodok masa tu, entah hidup entah tidak lagi. Alhamdulilah, Allah masih selamatkan aku. Tapi, aku sampai sekarang masih trauma dan ingat kejadian tu.


Untuk kawan2, harap apa yang terjadi kat aku, jadi iktibar tok korang semua. Sentiasa beringat walau kat mana korang berada sekalipun. Moga Allah sentiasa melindungi kita.


Friday, 12 April 2013

Terima Kasih Sebab Sokong Segmen Bloglist Lelaki Ini



Alhamdulilah, hari ini dah 12 April 2013. Maknanya Segmen Bloglist Lelaki Ini dah tutup dengan rasminya. Aku sangat2 tak sangka sambutan menggalakkan.


Aku tak expect sebenarnya ramai orangt join. Sebab tu mula2 aku letak, aku akan buat Blog Review untuk 10 orang terawal dan letak bloglist untuk 30 blogger. Tak sampai sehari pun, dah terlebih! So, aku dah anjakkan kepada 15 blogger terawal tok blog review dan 50 blogger untuk bloglist.


Aku dah update kesemua nama peserta. Alhamdulilah, 53 orang join. Sebenarnya 50 blogger dah cukup hari Isnin lagi. Tapi sebabkan tak sampai 12hb April lagi, aku hold untuk buat entry ini. Nak tengok senarai peserta? SILA KLIK SINI.


So, hujung minggu ini aku akan start tok buat Blog Review tok korang. Tahniah kepada 15 peserta terawal. Tapi bagi aku masa seminggu ok untuk habiskan korang semua.


Untuk bloglist pula, tolong bagi aku masa sedikit ye. Biasalah aku bukan full time blogger. Haha. So, take time sikit. Jangan risau, semua akan beres. InsyaAllah.


Yang pastinya, thanks sangat2 sebab join. Aku harap kalau aku buat segmen lagi, sambutan akan lebih menggalakkan dari korang. Ok? Terima kasih!