SAYANG KOWG!

Saturday, 18 May 2013

Kerajaan Jamin Harga Kereta Turun



Sebelum PRU 13, antara manifesto Barisan Nasional ialah untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat. Sekarang, Barisan Nasional sekali lagi diberi kepercayaan untuk mentadbir negara. Ramai yang menantikan pengumuman kerajaan untuk menurunkan harga kereta.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan memperhalusi langkah ke arah mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Kalau kita tengok balik manifesto atau Akujanji yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebelum PRU 13, beliau mengatakan bahawa jika Barisan Nasional memerintah harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus. Sumber.

Tapi kan, harga kereta apa yang akan diturunkan? Kereta nasional sahaja atau kereta import? Atau kedua-dua sekali. Aku pun tak clear lagi tentang benda ni. Maybe sapa2 ada info boleh tolong share. 


Friday, 17 May 2013

Tan Sri Ismail Omar Bersara, Tan Sri Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara Yang Baru


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar

Semalam merupakan hari terakhir Tan Sri Ismail Omar berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara. Untuk makluman, dah 42 tahun Tan Sri Ismail Omar berkhidmat dalam pasukan polis.

Semalam juga, kira-kira 5000 pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia turut serta dalam Majlis Perbarisan Perpisahan Sempena Persaraan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak.

Ketua Polis Negara 2013, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Kalau korang nak tengok video persaraan beliau pun boleh tengok. Ada KAT SINI. Mulai hari ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan menggantikan Tan Sri Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara. 

Giliran Eja Pula Bertudung


Aku sangat suka lakonan pelakon perempuan seorang ini. Lakonan yang sangat berkesan, penjiwaan watak dan mainan emosi yang hebat. Paling aku suka tengok dia, dalam drama Seputeh Kasih Ramadhan. Sangat best!

Owh, pelakon yang aku maksudkan ialah Eja atau nama betul Siti Shahrizah Saifuddin. Dengar cerita, lepas daripada balik umrah buat kali keempat, Eja dah bertudung penuh. 

Manis sangat tengok Eja bertudung. Tak caya? Tengok ni.

Eja Bertudung


Eja Bertudung

Harap Eja betul2 berubah.