SAYANG KOWG!

Wednesday, 15 June 2016

Berhabuk



Ayoo..Lama sudah tak menjengah blog ni. Nasib baik la tadi cuba masukkan macam2 password n finally.. yes!



Masih boleh buka.


Rindu rasanya nak conteng2 dalam ni. Entah ada entah tidak orang nak baca blog ni lagi. Tak pa lah. Just untuk simpanan peribadi n boleh gelak2 nanti dah tua. Nanti aku tulis lagi. Hope datang la balik semangat berblogging yang dah berkubur batu nisan dua ni.

Selamat berpuasa.



Tuesday, 4 November 2014

Gambar Photoshoot di Empire Damansara



Korang rasa nak feeling2 jadi model tak? Aku ada port baik punya! Hari tu aku dengan segerombolan askar2 blogger (yg suam2 kuku) g Empire Damansara, Damansara Perdana. Cantik siot tempat tu tok buat photoshoot. Kami pun memulakan aksi2 poyo konon2 model profesional.

























Jom semua serbu Empire Damansara!


Monday, 3 November 2014

Makna Founder's Night Run 2014, Larian Terkahir 2014



Hari Sabtu (1/11/2014), aku join Makna Founder's Night Run 2014. Kali ini macam biasa, aku just join 5km Fun Run. Masih tak mampu nak join kategori lain. Alhamdulilah, aku dapat tempat kedua, Tak percaya, kan?



















Paling best bila buka Goodies Bag.. ada voucher Brooks RM 160. Haha,. Dah la aku memang niat beli kasut sukan baru. Thanks Brooks. Alhamdulilah, rezeki, 


Wednesday, 10 September 2014

Larian Hari Malaysia (MAKSAK) 2014




Tarikh : 6 September 2014
Tempat : Dataran Perbadanan Putrajaya



Semangat lagi join larian macam ni. Ni dah kali kedua tahun ini, Lagi membanggakan, kali kedua jugak dapat tempat ke 10. Acara masih sama, 5km Fun Run. Tak larat lagi aku nak tukar ke 10km.

















Tak sabar nak join lagi larian2. Kumpul medal n sijil seronok wooo..


Friday, 5 September 2014

Gambar Konvokesyen Diploma Pengurusan Awam (DPA) Kursus Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 2013



26 Ogos 2014 lepas aku baru konvo tok Diploma Pengurusan Awam (DPA) Kadet PTD 2013. Malas nak bebel banyak2, tengok gambar je lah ok.
















Tu je lah gambar yang ada dalam koleksi aku. Untuk Kadet PTD 2014 pulak, thanks sebab uruskan majlis konvokesyen kami. Nanti turn korang pulak. Sabar ye lagi 7 bulan. Haha. Tok semua pemenang anugerah2, tahniah! Kawan2 satu batch.. tahniah jugak. Perjalanan kita dalam dunia PTD ni masih panjang. So, good luck. 


Monday, 5 May 2014

Larian Gegar Universiti Malaya



Tak sangka dan terkejut. Sukan adalah di luar bidang aku. Tapi hari Ahad lepas, aku dah buat satu rekod peribadi yang aku tak sangka-sangka. Dapat nombor 10 larian Gegar UM bagi kategori Fun Run Man (5KM).

Aku jarang masuk larian macam ni. Kali ni pun wajib masuk sebab semua Kadet PTD 2013 wajib masuk. Target hanyalah untuk lari tanpa henti. Tapi alhamdulilah, bukan setakat tanpa henti, tapi ada hadiah yang menanti.


So, jangan pandang rendah dengan diri sendiri. Tak ada apa yang mustahil dalam hidup ni. Paling penting, usaha dan jangan putus asa. 


Wednesday, 26 March 2014

Buat Persembahan Nyanyian Depan Orang Ramai


Lama dah aku x buat persembahan depan orang ramai. Kali terakhir pun masa aku belajar dulu. Tu pun persembahan nyanyian secara minus one je.

Minggu depan.. 2hb aku kne buat persembahan nyanyian. Lagi menakutkan.. persembahan dengan band. Gabranya sebab ak xpernah nyanyi dengan band. Selalunya karaoke je.


Crowd kali ni.. hampir 300 ratus jugaklah. Batch Kadet PTD 2013, batch Kadet PTD 2014 dan Pegawai Latihan kami. Cuak! Lagu nak perform tak finalize lagi.. kemungkinan Sandiwara Cinta dan Ombak Rindu. Tak entahlah..

Neves2. Nak dekat dah. Latihan dengan band tak start lagi. Cuak! Doakan aku ok kawan2. 


Thursday, 20 March 2014

Keputusan SPM Adik Aku


Hari ni dari pagi aku neves bukan main. Keputusan SPM adik aku keluar hari ini. Risaulah jugak kan. Kalau teruk tak bestlah kan.

Pukul 10.. xde msj.. 11 pun xde lagi. Kul 12 pun senyap je. Dalam otak aku dah fikir bukan2.. entah2 result dia teruk sebb tu senyap je dia tak bagitahu.

Last2 dia kol juga. Alhamdulilah.. walaupun bukan straight A tapi dia dapat 7A 2B. B subjek Biologi dan Fizik. Alhamdulilah. Tahniah Ayoi! Hope dapat sambung belajar tempat dan course yg best2. Angah doakan kejayaan ko nanti. Amin.


Wednesday, 19 March 2014

Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam Semesta Dua (Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik)


Dah masuk hari ketiga semesta kedua Diploma Pascasiswazah Pentabdiran Awam (Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik). Alhmdulilah result aku semesta pertama mengejutkan. Aku usaha tak seberapa tapi alhamdulilah.. aku puas hati dengan result aku.

Untuk semesta kedua pula.. kami akan belajar subjek Human Resouces Management, Strategic Management, Economic Policy and Fiscal Management, Ethics dan juga International Relations. Maknanya ada 5 paperslah semesta ni.

Tengok berdasarkan nama subjects dan kelas2 yang aku dah masuk.. macam mencabar betul subject2 sem ni. Adoyai! Doakan aku kawan2.


Thursday, 13 March 2014

Duit Bank Negara Malaysia Dicuri RM 300,000



Sejumlah RM 300,000 telah dicuri dari bilik pemprosesan mata wang Bank Negara Malaysia Wilayah Pulau Pinang. Rentetan dari itu, lapan kakitangan telah ditahan iaitu tujuh lelaki dan seorang perempuan berusia 20an hingga 30an kerana disyaki terlibat dalam kejadian kecurian ini. 


Lebih mengejutkan, sebenarnya mereka dikatakan sudah melakukan kegiatan ini sejak September 2013 hingga kini. Laporan telah dibuat oleh penyelia Bank Negara Malaysia pada jam 8 malam kelmarin.

Kalau kat Bank Negara pun dah berlaku kejadian macam ni, memang tak pelik lah kalau duit hilang dicuri kat restoran makanan segera, kedai serbaneka dan tempat-tempat lain yang kawalan kurang.

Harap dijauhkan dari sifat tak baik macam ni. 


Wednesday, 12 March 2014

Trailer Filem Bravo 5 (Unofficial)


Tahun 2014 kita akan disajikan dengan satu filem patriotik yang dinanti-nantikan, Bravo 5. Filem arahan Yeop Hitler Azmi yang menelan belanja RM4.5 juta ini dikatakan mampu menarik perhatian penonton kerana menampilkan hero sensasi, Beto Kusyairi.

Dah lama rasanya kita tak tengok filem perang patriotik macam ni. Kisah berkenaan dengan komando yang menentang kemaraan gerila komunis dalam Semenanjung Malaysia ini diharapkan mampu untuk mengembalikan kualiti perfileman Malaysia.

Aku rasa sangat teruja untuk tengok cerita ini berdasarkan trailer dan preview filem yang boleh kita tonton kat Youtube.


)


Amacam? Menarik, bukan? Jom sama-sama sokong perfileman Malaysia terutamanya cerita bergenre patriotik dan perang macam ni. 



Polis Bertudung Pertama Di St Paul, Amerika Syarikat


Sebelum ini, kita tengok Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang anti Islam. Tapi, yang bagusnya, seorang wanita Islam dari Somalia, Kadra Mohamed telah diterima untuk berkhidmat sebagai anggota polis di St Paul. Minnesota. (Rujukan). 



Menariknya lagi, Kadra Mohamed ialah wanita Islam bertudung pertama yang diterima bekerja dia sana. Setakat ini, belum ada mana-mana jabatan di Minnesota yang menerima wanita Somalia untuk bekerja. St Paul juga dilaporkan hanya satu-satunya bandar raya di negara tersebut yang membenarkan pemakaian tudung di tempat kerja. 

Sebelum ini, seorang lagi wanita bertudung dari Maryland, Noor Tagouri telah berkhidmat sebagai pembaca berita di stesen Tv ABC News di Amerika Syarikat sekaligus menjadi pembaca berita bertudung pertama di sana.. (Rujukan). 



Harap lepas ni, Amerika Syarikat tidak lagi mendiskriminasi wanita Islam bertudung untuk terus berkhidmat di negara mereka. 


Friday, 10 January 2014

Diploma Pasca Siswazah Pentadbiran Awam (Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik)



Lama dah tak update blog. Mood Tak sampai nak update. Ada je masa.. cuma malas. Alhamdulilah, aku dah habis Diploma Pentadbiran Awam untuk Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Maknanya, dah enam bulan aku kat Intan Bukit Kiara ni. 

Enam bulan ni lah banyak benda baru yang aku belajar. Daripada Modul-modul yang disediakan oleh Intan Bukit Kiara sendiri, hinggalah modul luar macam Bomba, Polis, Tentera, Outward Bound School, dan Strategic Engagement Program. Ada yang sangat best, ada juga yang sangat mencabar.

Sekarang, kami baru bermula dengan Diploma Pasca Siswazah Pentadbiran Awam. Maknanya, ada lagi enam bulan kami kat sini. Untuk permulaan, kelas dalam Intan Bukit Kiara sahaja. Minggu depan, kami dah kena pergi Universiti Malaya pula. Doakan aku dapat perform tok diploma siswazah ni.

Tu je lah yang aku nak update. Kalau ada mood lagi, aku taip n share lagi ok. 


Saturday, 13 July 2013

Blog Berhabuk


Gila kentang. Dah lama sangat2 aku tak update entry dalam blog aku. Sumpah, masa memang tak ada nak update. Kalo ada masa free pun aku guna untuk tidur. Penat la banyak sangat aktiviti sepanjang aku bergalar Kadet PTD ni. Bila ada masa free aja, aku guna untuk tidur.

Minggu ni kami diberi pelepasan untuk balik rumah. Macam biasa, kalau balik pun aku banyak guna untuk pergi keluar tengok dunia luar. Masa yang lain aku guna untuk ganti masa tidur.  padahal, banyak sangat2 assignment dan kerja lain yang aku perlu uruskan. 



K la. nak pergi shopping jap. 

Saturday, 8 June 2013

Mayat Lelaki Dalam Plastik Sampah



Lagi kes pembunuhan dilaporkan. Mayat seorang lelaki dijumpai dalam satu plastik sampah di tepi Jalan Sungai Merab Luar, Sepang, Selangor. Mayat dijumpai kira-kira pukul 10.45 pagi.

Mayat lelaki tersebut dijumpai memakai tshirt hijau dan seluar berwarna coklat. Disebabkan tiada dokumen dijumpai bersama, mayat masih belum dikenalpasti agama, bangsa dan kewarganegaraan.

Kesian sangat2. Tak tahulah kenapa orang kejam sangat bunuh dia. Dah lah tinggalkan kat tepi jalan aja. Malaysia ni dah tak selamat ke? 

Tuesday, 4 June 2013

Tips dan Pengalaman Menghadapi Temuduga Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)


Aku busy. Busy gila. Nak belek muka tengok jerawat macam dulu pun tak sempat apatah lagi nak kira berapa bulu kaki aku gugur. Penat woo join kursus Kadet PTD ini. Ini baru jadi Kadet PTD belum lagi PTD yang sebenar, entah2 nak kentut pun tak sempat. Kalau bukan busy dengan aktiviti yang dianjurkan oleh INTAN ataupun aktiviti luar, mesti ada perbincangan kumpulan. 

Dari minggu lepas, sampailah sekarang, ramai yang PM aku kat Facebook tanya pasal macam mana dengan temuduga Kadet PTD ni. Jenuh oo satu2 aku nak jawab. Yang aku tak kenal pun ramai. Kat mana pun aku tak tahu dapat Facebook aku. Tapi tak apa, aku tak kesah, yang mana aku tahu, aku kongsilah.

Masa zaman aku, lepas daripada lulus ujian bertulis PTD tu, aku dipanggil untuk menghadiri Assessment Centre (PAC). Selepas lulus PAC, baru kami dipanggil untuk temuduga. Tapi kali ini lain pula, lepas daripada lulus exam, terus diorang dipanggil untuk menghadiri temuduga tanpa perlu PAC.

Untunglah korang! Jimat satu stage yang mencabar. Disebabkan ramai sangat yang tanya aku pasal temuduga PTD tu. Meh sini aku share sikit pasal pengalaman aku menghadiri temuduga baru2 ni. Owh lagi satu, kbetulan aku dah masuk INTAN ni, aku pun ada tanya juga pendapat dan pengalaman kawan2 aku yang sama2 tengah kursus Kadet PTD sekarang.

Sebelum nak pergi interview, korang pastikan bawa borang dan dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Pastikan betul2 dokumen yang hendak dibawa. Baca surat tawaran menghadiri temuduga Kadet PTD dengan teliti. Tengok apa dokumen yang diorang nak yang original dan apa dokumen yang diorang nak yang photostat. Aku hari tu, tersilap bawak document. Nasib baik pegawai kat situ baik hati bagi aku photostat kat situ.

Masa temuduga, soalan yang pertama korang akan ditanya ialah perkenalkan diri anda dalam Bahasa Inggeris. Yang ini, macam biasalah lah. Takkan nama sendiri, tempat lahir dan tarikh lahir pun tak tahu, kan? Yang ini, korang boleh prepare awal2 ok. Hafal!

Then, isu semasa yang ditanya kat aku ialah pasal MRT. Siapa yang uruskan MRT, dari mana ke mana, kenapa perlu MRT dan apa kaitan PTD dalam MRT ni. Diorang juga ada tanya kat aku pasal macam mana nak tingkatkan sistem pengangkutan awam kat negara kita. Pasal Greater KL pun ada.

Selain soalan isu semasa, aku juga ditanya pasal pekerjaan sebelum ni. Masa ni banyak soalan provokasi akan ditanya. Contoh, tahu tak berapa gaji PTD yang akan ditawarkan? Berapa gaji korang sekarang? Kalau gaji korang sekarang banyak dari PTD, kenapa masih pilih PTD? Tak menyesal ke nanti? Macam aku yang kerja dalam broker insurance sebelum ni, diorang tanya, betul ke insurance ni menipu orang? Lagi satu, kalau korang dapat kerja PTD, kementerian mana yang korang akan pilih dan kenapa?

Kawan2 aku pula ditanya pasal siapakah Pengerusi SPA, Timbalan pengerusi SPA, kenapa nak masuk PTD, 8 bidang tugas PTD, isu Lynas, rasuh, BPR dan SPRM, konsep Satu Malaysia, Budget 2013, apa itu generasi X dan Y, NKRA, dan GTP. Itu antara soalan yang ditanya kepada kawan2 aku yang lain.

Hmm... itu jelah kot tips dan pengalaman aku dan kawan2 aku yang aku boleh share kat sini. Maybe berguna tok korang. Kalau tak berguna, korang nampak butang pangkah kat atas? Haha. Oklah. Aku nak pg perbincangan kumpulan pula ni. Kalau still tak faham, carilah Facebook aku ok. Ada masa aku layan korang.

Wednesday, 29 May 2013

Sibuk Dengan Kursus Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik


Sorry sangat2 korang weh. Aku busy gile sekarang. Untuk pengetahuan korang yang tak tahu, aku dah daftar masuk kursus Kadet pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 May 2013 yang lepas. So, dah empat hari aku berkampung kat Intan Bukit Kiara.Eh, sehari je kat Intan, tiga hari dua malam kat Kem Lambaian Danau, Jasin Melaka.

Cuba bayang baru sehari daftar, tapi kami dah kena pergi Group Integration kat Jasin Melaka. Penat tuhan saja yang tahu. Telefon bimbit pun kena serah kat urusetia tok keselamatan. Tapi, berbaloi2 gile keletihan aku. Sangat best! Cuma penat dan tak cukup tidur.

Hmmm.. aku maybe akan jarang update entry untuk setahun ini. Kalau aku update pun maybe hari ahad, atau masa aku free2. Tapi maybe bila aku ada masa terluang, aku akan cuba gak buat auto publish.

Korang tau, bila aku masuk sini, ada beberapa orang bila aku cakap nama aku, diorang terus balas, kau ada blog ek? Aku baca weh blog kau! wah, artis tak aku? Haha. Ini semua poyo! 

Lagi satu, ramai gila tanya pendapat dan pengalaman aku masa pergi PAC (Assesment Centre) Kadet pegawai Tadbir dan Diplomatik. Sorry sangat2 sebab aku tak sempat jawab. Aku tak sempat lagi nak buat entry pasal PAC Assesment Centre tue. Gila busy! Tapi insyaAllah, sebelum korang gi PAC aku akan tulis ok.

K la korang. Aku dah mengantuk. Nasib baik malam ni tak de aktiviti sebab baru balik dari kem. Penat basuh baju yang menimbun. Kalau kucing menyorok dalam timbunan baju aku tu pun aku takkan jumpa. Haha. Good night!

Saturday, 25 May 2013

Gambar Khinzir Yang Harus Anda Lihat


Gambar khinzir2 dibawah diambil semasa Hakka Yimin Festival di China. Tak mampu aku nak cakap apa dah, tengok je lah gambar. Uwwweeekkk! Nak muntah rasanya.





Ngeri,kan?

Adam Sandler Diracun Pembantu Rumah


Adam Sandler

Kesian Adam Sandler. Dia mengalami gatal-gatal seluruh badan sebaik sahaja bangun tidur. Disebabkan itu, beliau telah memasang kamera litar tersembunyi dalam biliknya.

Alangkah terkejutnya bila mendapati pembantu rumahnya telah memasuki biliknya dan mencalit sesuatu yang seakan-akan minyak ke atas badannya. Memang terbukti, bila bangun, Adam akan berasa gatal-gatal.

Gila betul! Apa ntah yang pembantu rumah dia tak puas hati sampai buat macam tu? Tak cukup gaji ke? Hehe.