Semalam aku buka Facebook, terperanjat aku tengok, bila ramai kawan-kawan aku update status berkenaan dengan keadaan Sungai Petani Kedah yang tidak terkawal dan tidak aman. Kata mereka, ada pergaduhan besar antara kaum Melayu dan juga India.
Aku ramai kawan yang berada kat Sungai Petani. Dulu aku belajar kat UiTM Merbok, Kedah. Jadi, macam-macam lah status yang aku baca berkenaan dengan keadaan di Sungai Petani. Ramai yang mendoakan semoga suasana aman, dan keluarga mereka selamat.
Pagi ini pula, aku baca Kosmo. Polis Sungai Petani menasihati penduduk di Sungai Petani agar tidak bimbang kerana sebenarnya keadaan adalah amat terkawal dan tiada kejadian bakar masjid, dan pergaduhan seperti yang digembar-gemburkan.
Tapi kadang-kadang pada aku mungkin kejadian benar-benar berlaku. Tapi nak elakkan kekecohan, pihak polis terpaksa menutup cerita dan cakap keadaan masih terkawal. Tapi tak tahulah keadaan sebenarkan? Sebab aku pun tak ada kat tempat kejadian.
Apa-apa pun, aku mengharapkan agar berita buruk yang kita dengar itu hanya khabar angin. Moga negara kita aman damai.
3 comments:
jangan jd macam peristiwa 13mei sudah la kan..semoga semuanya selamat...amin
uits... awat cek tak tau ni. nak kena pi belek paper la ni.
aduh... cam na la sedara mara kat SP tu. sat nak call depa. thanks noh buat entry ni.
Harap semua tu omongan kosong ja...risau plak akak
Post a Comment