SAYANG KOWG!

Thursday, 3 January 2013

Azam 2013 Diimpikan, Azam 2012 Diteruskan..





Selamat Tahun Baru 2013! Walaupun dah berlalu 3 hari, tapi aku rasa tak lambat lagi kot untuk wish. Yela masih bulan Januari apa. Bukan Februari pun. 2013 dah pun ye. Cepatnya masa berlalu. tahun ini juga aku dah berumur 24 tahun. Tapi belum masuk lagi ok. Tetap rasa muda. Haha.


Bercakap pasal tahun baru, mesti ramai yang akan pasang azam. Tapi selalunya mula-mula memang lah berkobar nak buat, tapi dah lama semua hangat-hangat tahi ayam. Macam aku pula, jarang tanam azam. Sebab tahu, malas nak lakukan.


Tapi untuk azam 2012, alhamdulilah, walaupun tak tercapai, tapi aku dah berusaha ke arah itu. Dan bukan salah aku azam tu tak tercapai, tapi salah orang lain. Walaupun aku agak kecewa, tapi nasib baik azam tu tak terus berkubur, boleh sambung tahun ini.


Untuk azam 2013, alhamdulilah, aku dah mulakannya. Azam itu pun dah nampak macam nak tercapai. Nampaknya akan tercapai azam 2013 dahulah berbanding azam 2012. Nak buat macam mana. Dah itu rezeki aku dulu kan.


Untuk tahun 2013, aku insyaALLAH akan mengalami perubahan drastik. Benda ini tak confirm, so aku tak leh umumkan lagi. Yang pastinya, aku akan cuba juga. Sebab itu impian ayah dan ibu aku. Dan pastinya, impian mereka, impian aku juga. Aku pasti tak akan kecewakan mereka. Gambatte!


Kepada korang semua, harap azam 2013 korang akan tercapai juga. Selamat tahun baru sekali lagi!


5 comments:

Ismiey Iz said...

selamat thn bru juga :)

zaxx said...

yeay..minat azzam idola kecil..eh? tetiba..:) hope segala azam encik dicapai.amin..;)

Qasey Honey said...

bkunjung balas...tq sudi singgah ke blog QH

slmt thn baru n smoga azam yg dimpikan tu akan tcapai..InsyaAllah

Unknown said...

Azam tahun 2013 aku ni nak berduet dgn ko Umar nyanyi lagu kain pelekat ha ha ah aha ^_^ mohon tunaikan eh..

MalizaMah said...

azam.. 2013 tidak tahu lah apa.. sbb azam 2012 pun dh lupa apa.. haaaa