SAYANG KOWG!

Saturday, 18 May 2013

Pengalaman Menghadiri Taklimat Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik


INTAN Bukit Kiara

Hari tu aku ada taklimat untuk pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik kat INTAN, Bukit Kiara. Bangun pukul 7pagi. Alamak! Aku bukan main plan baik punya semalam nak naik kereta pergi sana. Last2 sebab bangun lambat terpaksalah pergi naik motor aja.

Sampai kat sana dalam pukul 9.15 pagi. Terkejut gila! Dah ramai gila orang beratur untuk pendaftaran dan penyerahan borang. Yang paling mengejutkan, siap dah ada yang pakai blazer. Wow! Hari ini hari pendaftaran ke taklimat saja? Malunya weh. Aku pakai kemeja, seluar slack dan tie aja. Tu pun ada hati malam tu pikir nak pakai jeans dan t-shirt aja.

Antara intipati taklimat hari tu:

1) Latihan dibahagikan kepada Diploma Pentadbiran awam di INTAN selama 8bulan dan Diploma Lanjutan pentadbiran awam selama 4bulan.

2) Tak boleh bawa kenderaan di dalam INTAN.

3) Hujung minggu akan ada aktiviti juga. Maknanya tak boleh keluar dari INTAN kecuali jika diberi pelepasan.

4) Boleh minta cuti atas alasan yang munasabah. Kena isi borang dan minta dengan pihak atasan tapi dengan syarat2.

Itu antara intipati masa Taklimat Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang lepas. Terus mood aku down. Kenapa? Aku tengah pening kat manalah aku nak letak kereta dan motor aku sepanjang setahun aku ada latihan?

Mesti aku mati kutu kat dalam INTAN sebab hujung minggu pun ada aktiviti. Matilah! Mana nak karaoke, mana nak tengok wayang dan paling tak best, tak dapat lah lepak2 dan jumpa kawan.

Waaaa... Matilah!


2 comments:

Mazni Azmi said...

For thing to change, I must change.

Perubahan dan hijrah perlukan pengorbanan. Think positif tuan

Anonymous said...

hehehehe..sabar je la..