SAYANG KOWG!

Sunday 26 August 2012

Review Filem: The Expendables 2, Tak Seindah Yang Dibayangkan..



Bila aku tengok..
Barisan pelakon untuk filem..
The Expendables 2,
Aku menjangkakn sesuatu yang luar biasa..
Yang wujud dalam filem ini..
Tapi yang sedihnya,
Bila selesai tengok filem ni,
Sedih wooo,
Filem ni biasa-biasa saja,




Dari aspek action,
Memang  terbaik dari ladanglah kan,
Memang best la tengok..
Dari kalau tengok dari aspek jalan cerita,
Memang lemah dan longgar..


Banyak yang aku tak puas hati,
Bila tengok filem ini,
Antaranya macam kemunculan,
Watak Jet Li tak berkembang dengan baik,
Hanya ada di awal cerita,
Sepatutnya watak Jet Li harus dikekalkan...
Sampailah habis cerita,
Ataupun tak payah wujud pun..
Dari awal cerita..


Kedua,
Di saat2 genting..
Mesti ada orang selamatkan..
Barney Ross (Sylvester Stallone)...
Dan rakan-rakan yang lain..
Macam situasi mereka..
Terperangkap dalam satu tempat..
Arnold Schwarzenegger (Trench)..
pulak datang selamtkan diorang..
Masa diorang ditembak oleh kumpulan Sangs
Mereka juga diselamtkan oleh..
Booker (Chuck Norris)...
Arrrggghhhhh! Apa kono kau jang?
Tak cukup kuat ke nak lawan sendiri?
Dan watak2 penyelamat...
Tak semena-mena datang macam tue aja?
Tak ke sakit hati???


Ada lagi yang aku tak puas hati..
Tapi aku pun dah lupa..
cerita tue tak kuat sangat..
Untuk melekat dalam otak aku...


Walau apa pun..
Bukannya tak best lansung...
Watak-watak yang lain..
Berkembang dengan baik..
Action memang sangat2 terbaik!
Bagi yang sangat cintakan filem action..
Bolehlah datang tengok cerita ni..
Pendapat aku?
3.5 /5 Bintang...

3 comments:

bukankosong said...

ya ka

ramai yg kata filem ini sekadar reunion kawan2 mamat rambo tu

Felly Sophia said...

Tak jadi lah mahu serbu panggung.

qasehraihan said...

saya xminat citer stail gini..huhu

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/arwah-ni-model-facebook.html