Sebelum aku ke Sabah, ramai yang berpesan suruh aku menikmati seafood kat sana. Aku bukan jenis hantu seafood. Jadi, aku tak excited sangat untuk makan seafood kat Sabah. Lagipun dulu aku belajar kat UiTM Kedah. So, dekat dengan Tanjung Dawai. Dah bosan makan seafood kat sana.
Malam kedua kat sana aku berpeluang untuk makan seafood kat Pasar Malam Sinsuran. Dekat dengan Pasar Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Philipino. Sumpah best gila bila tengok banyak sangat kedai yang jual seafood. Sederet kedai jual seafood saja. Terus excited.
Kami memilih Gerai No. 3 sebab cara penjual tu sangat ramah dan nampak nice. Memang la kita bukan nak macam orang, tapi nak makan seafood, tapi salah satu cara nak tarik pelanggan, penjual kena ramah dan berbudi bahasa.
Kami pilih untuk makan ikan kerapu dan sotong bakar. Tak dapat nak makan banyak sebab makan pun dua orang saja. Karang amik banyak tak habis pula. Ikan dan sotong dah la besar.
Untuk ikan kerapu, harganya RM 22. Si penjual cakap selalunya dia jual RM 28 atau RM 25. Tapi dengan kami dia bagi RM 22. Tak tahula betul ke tak. Untuk sotong bakar, RM 10.
Ada lagi diorang jual macam sotong katak, ikan-ikan jenis lain, ketam, udang, udang galah dan macam-macam lagi. Harga bergantung kepada saiz. Tapi tak ada la punya sampai RM 30 seekor.
Kami makan dengan nasi dan juga pencicih asam dan sambal belacan. Tapi sambal belacan kat Sabah lain lah, cair berbanding dengan cara sambal belacan dihidangkan di Semenanjung.
Beli dah pilih makanan, diorang akan panaskan balik dan kerat-keratkan untuk kita senang makan. Bila rasa, sedap gila! Espesially bila cicah dengan kuah asam dia. Memang perrgghhh! Sedap sangat- sangat. Patutlah orang suruh makan seafood kat Sabah.
Aku dan kawan aku siap tambah nasi satu pinggan lagi. Pencicih kuah asam dan sambal belacan juga kami tambah banyak kali. Tapi penat gila nak habiskan. Ikan kerapu besar sangat. Tak termakan dek dua orang. Tapi dah namanya lelaki, tetap habis juga.
Keseluruhan, RM 36. Aku pun tak tahu nak cakap mahal or tak. Sebab aku tak biasa sangat makan seafood. Tapi bagi aku, memang berbaloi-baloi. Mana nak cari seafood kat KL. Susah kot!
9 comments:
pegik la lagikkkkk.. nk ekot #nanges
suasana kat pasar malam tu sangat menarik.sebab tu daripada tak nak makan terus nak makan.siap tambah nasi tuuu.hehehe.
aduhai,,, sedapnyer !
dik, mana ole2 tuk mak mertua...hahaha
fuh bagi akak le memang murah.
Tapi kan. org sabah cakap kalau nak betul betul makan seafood pergi bulan 2. kompom murah
Waah sedapnyaa tgk makanan seafood tuh..
sedapnyyyaaaaa!
wahh ..bejalan je yeeeee
best kan Sabah...haha...nak pergi lagi tapi dah xde time yg sesuai...haha...
sy bln lepas g Sabah...cam tak nak balik...haha...
Post a Comment