SAYANG KOWG!

Thursday, 18 April 2013

Pengalaman Disamun Dengan Tiga Lelaki Berparang



Aku pernah hampir diculik masa aku darjah 3. Aku baru balik dari kelas Fardhu Ain, ada seorang pakcik panggil aku untuk masuk dalam van. Tapi aku sempat lari. Takut sangat2 masa tu.


Dah 17 tahun kejadian tu berlaku. Tapi sampai sekarang aku masih ingat lagi kejadian yang berlaku. Tapi umur 24 tahun ini pulak, ada kejadian lain, kali ini lebih mengerikan.


Hujung minggu lepas, aku kena samun dengan tiga orang lelaki. Aku kena samun dekat dengan bangunan Mydin tepi dengan KL Festival City, Setapak. Masa kejadian, aku dengan 3 orang kawan aku nak pergi KL Festival nak beli tiket wayang.


Bila dah kuar kereta, kami bergerak nak pergi ke sana. Tengah jalan, aku baru perasan yang telefon bimbit aku tertinggal dalam kereta. Aku patah balik, pergi kat kereta nak ambil telefon bimbit. Kawan aku yang lagi tiga orang tunggu aku kat kawasan parking motor.


Dah selesai aku ambil telefon bimbit aku, aku berjalanlah nak ke tempat yang kawan2 aku tunggu. Tengah jalan, tiba2 ada dua lelaki naik satu motor EX5 berhenti tepi aku sambil gelak dan turun dari motor. Paling menakutkan, dia dah acu parang sepanjang satu kaki. Pastu kawan diorang naik satu motor lagi datang.




Ayat paling aku ingat sampai sekarang, "Hah, bak sini benda tu!". Masa tu aku tengah masukkan iPad aku dalam beg sandang aku. Penyamun tu minta iPad aku. Aku dengan takutnya, terpaksa serahkan iPad aku kat dia.


Dia bukan setakat nak iPad, kali ini dia minta beg sandang aku pulak. Nak tak nak aku terpaksa bagi. Aku tak fikir apa dah masa tu. Tetiba aku minta dengan penyamun tu, aku nak i.c aku. Dia geram dengan permintaan aku. Then, dia nak rodok perut aku. Tapi, aku sempat mengelak.


Pastu, aku nampak laki yang nak rodok aku lari then naik motor yang kawan dia bawak. Aku masa tu tak mampu nak buat apa, menjerit tak, nak kejar balik pun tak. Aku macam orang bodoh. Panik, trauma, dan takut.


Dalam 10 saat, aku tersedar balik. Aku terus berlari pergi kat tempat kawan2 aku tengah tunggu. Then kami terus ke balai untuk buat laporan.


Alhamdulilah, aku syukur sgt2 sebab aku selamat. Tapi terkilan jugaklah sebab banyak barang kena ambil. iPad, telefon bimbit dua, duit RM 110, wallet, cermin mata, kunci rumah, 4 kad ATM, Kad pengenalan, lesen memandu, dan lain2 kad macam Watsons, Tesco, Popular dan lain2 lagi.


Tak apa lah. Benda2 tu aku boleh cari dan buat bali. Tapi nyawa? Kalau aku kena rodok masa tu, entah hidup entah tidak lagi. Alhamdulilah, Allah masih selamatkan aku. Tapi, aku sampai sekarang masih trauma dan ingat kejadian tu.


Untuk kawan2, harap apa yang terjadi kat aku, jadi iktibar tok korang semua. Sentiasa beringat walau kat mana korang berada sekalipun. Moga Allah sentiasa melindungi kita.


19 comments:

Unknown said...

Yang penting ko selamat =.='

ietams said...

bahyanya..
seb baik tak ape2 n selamat.
take care ye dik!

Unknown said...

trauma tu dah pasti.sama mcm akak gak.Kena rompak masa kerja 7E dulu.sgt2 menakutkan.Tapi tu adalah pengalaman.tak semua org dpt pengalaman mcm tu.hati2 lepas nie na.manusia sekarang dah tak fikir apa kalau terdesak..moga adik selalu dilindungi Allah swt :)

Anonymous said...

syukur tkde apa2 yer.. takut dgr cerita2 mcm ini. neway tq atas ucap selamat utk adik yer

budaksalahcakap said...

memang sedih bila menda yang kita sayng d rampas begitu sahaja...senang keje d owng nak ambik hak orang lain....wah hebat gak ek siap mengelak...ape-ape terapilah diri..sesungguhnye DIA lebih tau ape yang terbaik untuk kita....hope sejarah tak akan berulang lagi...(pesanan untuk diri sendiri gak)

Fakhruru said...

seram siot.. syukur alhmdlah xde ppe yg blaku

::FAIZ:: said...

seram plak baca, nsb baik hang x kena rodok bro. semoga tabah

ain zulkarnaind said...

BAHAYA NYA EKK

TAKE CARE TAU

Ratu Hatiku said...

Bahayanya....nsb baik x melawan masa tu..yalah harta benda blh d cari tp nyawa tiada ganti..

wantie said...

Bahayanya. Nasib baik kamu tak apa apa. betul tu barang barang semau tu boleh cari balik/ buat semual. tapi nyawa. Syukur kamu tak de luka parah..

Oh Malaysia, dah semakin takselamat. Tu la akak ni kalau memalam tak de nya drive sengsorang. risauuu

ayusyuhara said...

allahuakbar...akak faham ko trauma dik..akak pun pernah kena rompak, parang kat perut..mmg skang ni kena sentiasa alert dan lebih berhati2..takpe ler mmg sayang brg tu suma..nak mendapatkan bukan senang kan..ada rezeki lain tu nant..insyaAllah..Take care dik..

Unknown said...

alhamdulillah tak apa2..
kena lg hati2 lps ni..:)

THE AUTHOR said...

Syukur alhamdulilah ..tiada apa-apa yang buruk berlaku kat awak bro...

Kalau aku tempat kau lagi panik kot...heheheheh

Aimacomel said...

takutnya dengar cerita camni. awak, mohon jaga diri ye. bukan setakat kat kl je jenayah skg ni ada je dimana2.. hati2,okey

||aLeaSaRa|| said...

serius kejam gila penyamun tu???tu sbb kdg2 org tua sllu pesan jgn patah balik nk ambil apa2 brg...mmg ada btlnya kan sbb kdg2 penyamun ni stand by je cari mangsa.

ntahlah tkt nk kuar rumah,kdg2 dirve pun risau je kalau tiba2 ada mtr kt tepi krta..

Unknown said...

Uit. Adeh. Syukur selamat. Be more careful Umar :)

Anonymous said...

Assalamualaikum. Just BW & come across ur post. Syukur alhamdulillah, Allah pnjngkn umur sedara lg. Disini ada satu doa yg sy fkr bagus untuk sedara amalkan. Doa ini dikenali sebagai Doa Abu Darda' ( utk selamatkan diri & harta dr malapetaka). Doa ini biasanya ada dalam manzil dibahagian belakang sekali. Tp disini saya letakkan blog yang ada post ttg doa ini sbg rujukan sedara. http://www.wanhassan.com/2012/06/--darda-perlindungan-diri.html
Yakinlah dgn pertolongan Allah & selamat beramal. =)

Unknown said...

barang yg lama jangan dikenang umar kbai

Cik Fie said...

alhamdulillah . yg penting , selamat :)