Dulu zaman belajar, kerap jugaklah aku overnight pergi Pulau Pinang. Selalunya hari Jumaat malam Sabtu, kami akan pergi Pulau Pinang tengok wayang. Pastu lepak2 kat tepi Gurney. Tengok laut. Tak pun lepak kat Queensbay. Sampailah pagi. Pagi lepas Subuh balik lah balik UiTM Merbok.
Tapi itu dulu. Sekarang dah tak pernah overnight macam tu. Yala, kat KL ni, nak overnight kat mana? Clubbing? Hahah. Mau mati kena rodok dengan pisau kalau ibu aku tahu. Haha. Lagipun overnight kat KL, nak tengok apa? Bangunan tinggi pun dah selalu tengok. Jemu. Buat rosak mata!
Tapi hujung minggu lepas, aku lepak dengan kawan2 UiTM Merbok dulu. Lama gila dah tak jumpa. Memang rindu gila2 kat diorang So, kami plan pergi karaoke kat Red Box The Curve. Pukul 12 masuk keluar pukul 3petang. Tiga jam kowt! Nasib baik berlima, kalau tak memang pancitlah.
Habis melalak, kami pergi tengok wayang pulak kat eCurve. Tengok cerita Side Effects. Nak cakap best, tak adalah sangat. Nak cakap teruk sangat pun bukan. Tapi amaran awal, sapa yang tak suka cerita yang korang kena berfikir, tak payah tengok!
Lepas tengok wayang, kami makan malam pulak kat Waroeng Penyet kat The Curve. Ini kali kedua aku makan kat sini. Aku order Ayam Penyet beserta nasi putih dan soda gembira. Overall, rasa memang bestlah! First time try Soda Gembira, memang gembiralah.
Masa tengah makan, tiba-tiba timbul idea nak overnight! Yelah, dah lama gile tak jumpa dan tak lepak sama2, rasa macam tak best bila sekejap saja jumpa. Macam2 idea keluar, nak overnight kat Melaka, Genting Highlands, Bukit Tinggi dan macam2 lagi idea. Tapi kami putuskan untuk pergi area KL dan Selangor saja.
Tempat pertama, kat Putrajaya! Putrajaya memang sangat cantik bila malam. Bangunan dan lampu kat Putrajaya memang cantik. Kami lepak dekat Jambatan Seri Gemilang Putrajaya.
Dah habis kat Putrajaya. Tapi tak henti sampai situ. Kami ada lagi misi lain. Nak tau? Tunggu Part 2!
14 comments:
haha kalo the soda gembira doesn't taste good, jadi soda sedih kot.
aku suke tang soda gembira
penah kwn aku beli soda gembira
tp kedai tu kat tepi wangsawalk
mmg die pon gembire pas minum LOL
wah..best nye >,<
seronoknya hang pa
jalan2 memang kerja belia sekarang terutama ko. ehh
hahaha :P
setuju part KL mmg xdak tempat best nk overnight..jemuuuu
wahhhh!!! bestnyerr g overnight..lama dh overnight ngn kengkawan neh..
rindu lak..hee.. apa kata korg g eluk Chempedak lak ehh..
wahhh... best2 :)
salam.
amboi..seharian kelua ye..
yaya penh karok 3jam..sensowang..ok je..hehe..;p cume lepas tu sore da xde..hoho
gembira sgt ke air tu?heee
aku yg selalu gi ke putra jaya tu pung x penah menyampai kat jembatan tu la la la la =..=
ape kate try p kuala selangor then tengok klip-klip...then makan seafood kat sane...x pun p discover umah2 puaka ke...ok gak ada brani...x sabar nak bace part 2
wahh! dalam sehari je pergi merata tempat ek. confirm best! dah lama tak overnight :/
dulu kat uitm merbok kalo tak keluar dari situ mmg boleh jadi bengap la kan, hehehhe..tp sye dulu slalu jln2 dkt SP je, sbb duduk kat penang so takkan laa nak overnight kat sana, baik balik rumah sendiri kan..hehe.. :D
wah seronok betul ni !
Post a Comment