SAYANG KOWG!

Monday, 29 April 2013

Surat Tawaran Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik Serta Surat Berhenti Kerja



Ingat cerita yang aku dapat tawaran Kadet Pegawai tadbir dan Diplomatik tu? Nak baca? KLIK SINI.  Tunggu punya tunggu, surat tawaran tak sampai lagi. Aku dah gabra. Macam mana kalau surat tawaran tak sampai? Macam mana kalau surat tawaran sampai seminggu lepas tu aku dah kena daftar?


Aku risau dan dilema. Bila patut aku hantar surat berhenti kerja. Aku dahla notice kena bagi 2 bulan. Macam mana kalau kau berhenti, rupanya dia panggil bulan Ogos? Macam mana pula kalau aku tak berhenti, tiba2 dia panggil supaya aku terus pergi? Mau mati aku.


18/04/2013, aku tekad.. Hari tu, aku kena jugak bagitahu bos aku yang aku nak berhenti. Wajib! Tak leh tangguh2 dah. Lantaklah kalau dia panggil lambat lagi ke apa ka. Aku dah telefon ibu dan ayah aku. Bincang bila patut aku bagi surat berhenti kerja. Aku siap bagitahu ibu aku, kalau surat tawaran Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik tak sampai lagi, aku nak mengangkang kat rumah. Haha.


Bila aku bagitahu Chairman dan Manager aku, diorang agak terkejut. Tapi alhamdulilah, Chairman aku cakap, kalau ini impian dan apa yang aku nak, dia tak kan halang. Lagipun dia cakap, ini kerja dalam government sektor, lebih menjamin masa depan.


19/04/2013, surat berhenti kerja aku dah hantar. Tunggu HR aku kira last day aku bila. Punyalah gabra bila nak tau last day aku. Macam nak Shila Amzah meminang aku gabranya. Last2 diorang bagitahu, last day aku, 23/05/2012 lepas tolak cuti apa semua. Yes!


23/04/2013, aku check email. Ya Allah! Surat tawaran Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik dah sampai. 






Ake kena daftar 26 Mei 2013 kat INTAN Bukit Kiara! Nasib baik aku dah dah hantar surat berhenti kerja dan last day aku 23 Mei 2013. Nasib baik sempat. Ya Allah syukur sangat2!


Tak sabar nak tunggu 26 Mei 2013. Macam mana ye latihan dalam Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik tu? Aku dah lah tak kenal sapa2. Nak kena cari kawan baru. Hmmm... Risau2!


16 comments:

Mawardi yunus said...

tahniah wei

Unknown said...

Aku teka ko kena buat kawat dulu kot hahaha dah nama kadet kan?? anyway i wish you all the best and good luck.. semoga bila lepas setahun ko akan menjadi seorang kadet yg berjaya..

wantie said...

akak doakan yang terbaik untuk akak. Ingat semua tu perancangan darinya. Moga kamu success ya.

ayusyuhara said...

wah...tahniah dik..moga apa yg di impikan mencapai kejayaan..

Yana Sakura said...

Tahniah ,Umar :) Nasib baik an anta surat benti awal2..sbb dia pggl 3 hari lepas tarikh last keje utk dftr..smga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya..all the best n smga berjaya.. Alaa..xyah risau psal kwn..nnt dh dftr msuk taklimat sume kompem jnpa kwn pnya lah..Hehe.. sekali lagi tahniah..do ur best! ^_^ akhirnya penantian berakhir an..

Anonymous said...

tahniah brader..semoga terus sukses..nnti dah koreje pangkat besaq2 jgn lupa kawan :)

ZWAN SABRI said...

Wahhhh.. Tahniah Umar.. tumpang gembira.. ;)

Dikbee said...

aku tak kira... pasni ko kena letak nama aku sebagai penama KWSP ko..no excuse...hakhakhak...

#ala, ko kan retis, mesti ramai yg nak kawan ngan ko...masa tu mana nak pandang kitorg dah...kan geng mentabah kan...huhu

apa2 pun, selamat berlatihan la yek...

diari farisha said...

tahniah! kalau dah rezeki tak ke mana iye dak? :)

a said...

chaiyok2!! do ur best~

Unknown said...

untung la kan dpat tawaran itu ini..
all the best umar!

sudah dengar suara umar kat wechat dlm group senget.
kehkehkeh

Cikda said...

ya Allah.. cikda yang baca surat tawaran tu pun nak terlompat2 suka.. eiii.. tahniah la ye.. syukur sangat2 nak.. alhamdulillah..

pjie said...

tahniah & all da best
bestnye la jd org bekerja ni ek
hehehe

ietams said...

tahniah yer..
moga berjaya dlm semua lapangan & jd
pegawai kerajaan yg jujur amanah berdedikasi.

Anonymous said...

kalau dah rezeki kita mmg x kemana... all the best yer !

Mama Amirul said...

Alhamdulillah
Tahniah dik..
Welcome to gov sector....:)