SAYANG KOWG!

Monday 10 September 2012

Gangnam Style Versi Siti Nurhaliza?




Aku rasa semua orang  Malaysia tahu tentang fenomena Gangnam Style. Ada yang sampai obses gila dengan lagu Gangnam Style tue. Bagi aku pula, tak ada apa-apa pun dengan lagu tue. Biasa aja. Tak da lah best sangat.


Kalau tengok kat Youtube, kita bukan sahaja boleh tengok official video clip untuk lagu Gangnam Style daripada PSY, tapi kita juga boleh tengok banyak parody yang dibuat untuk lagu ini.


Sebagai contoh, ada Orang Sabah Style, Singapore Gangnam Style, Malaysia Gangnam Style dan macam-macam lagi. Terbaru, ada sekumpulan peminat fanatik Siti Nurhaliza yang digelar Sitizoners yang buat juga parody untuk lagu Gangnam Style.


Dalam video yang bertajuk Siti Nurhaliza-Gangnam Style itu, ia menghimpunkan koleksi video persembahan Sii Nurhaliza dan disesuaikan dengan lagu Gangnam Style. Bagi aku tak ada yang salah walaupun tak menarik pun. Nak tengok? Klik Sini..


Itulah fenomena Gangnam Style yang aku sendiri pun tak tahu, kenapa orang boleh obses. bagi aku lagu itu biasa-biasa sahaja, klip video pun tak ada yang best pun, apatah lagi tarian kuda itu. Tak ada apa-apa yang menarik pun. Hmmm...


4 comments:

wantie said...

tu la akak pun nonton gak kat youtube. apa yang bestnye.. mungkin kita ni jenis yang banyak benda nak kena fikir daripada dok fikir si gangman tu menarai kot.

bagi yang free tu mungkin rasa benda tu mcm happy giler..

husband akak le yg bagi tau. sebab nama dia dah masuk dalam paper kelmarin ni.

cik.einaaa said...

mengarut je tarian tu kan..fuhh..--'

boni kacak said...

hahah.. aku pun tak berapa gemar sangat gangnam style ni.. macam biasa je

Nurul Says said...

kena menari ramai-ramai baru feel kahkahkah